Bil | Tarikh | Wilayah | Tempat Kursus | Bilangan Peserta Hadir |
1 | 6 Disember 2022 | Raja Alias / Trolak | Dewan Feldajaya Felda Wilayah Raja Alias | 24 orang |
2 | 8 Disember 2022 | Mempaga | Kolej Yayasan Feldajaya Timur Mempaga | 83 orang |
3 | 13 Disember 2022 | Johor Bahru | Wisma Felda Air Tawar 2 | 29 orang |
4 | 15 Disember 2022 | Segamat | Dewan Orang Ramai Felda Ayer Hitam | 45 orang |
Mesin retort bertujuan memastikan kualiti dan keselamatan makanan dikekalkan tanpa bahan pengawet dengan masa ketahanan sehingga 18 ke 24 bulan. Dengan teknologi dan teknik retort ini juga mampu mengubah cara pengendalian makanan di Malaysia khususnya di Felda. Ianya juga mampu mengubah ekonomi pengusaha makanan dengan mengatasi masalah makanan rosak dan terbuang dan membolehkan penghantaran makanan dengan cara packaging keserata pelosok dunia.
Sejajar dengan penggunaan teknologi ini yang semakin berkembang di Malaysia, Jabatan Pembangunan Usahawan mengambil inisiatif menganjurkan kursus RETOR kepada Usahawan FELDA sebagai salah satu langkah meingkatkan ketahanan kualiti produk mereka di samping mengembangkan pasaran produk mereka dalam dan luar negaramemperkembangkan lagi hasil jualan.
Penyertaan Usahawan FELDA adalah menggalakkan melebihi 150 orang bagi penyertaan pada tahun 2022. JPU berhasrat untuk menganjurkan kursus atau latihan berkaitan pembangunan produk seperti kursus RETORT ini sebagai aktiviti tahunan kepada Usahawan FELDA.
Sejarah “RETORT” bermula seawal tahun 1811 dimana makanan ditinkan dan dimasak selama 8 jam. Makanan ini menjadi popular kerana tahan lama dan penyediaan makanan menjadi lebih ringkas. Penggunaan retort pouch pula digunakan secara meluas sekitar 1978 oleh tentera Amerika dengan konsep “ready to eat”. Retort pouch dipanaskan ke tahap suhu 116°C – 121°C selama beberapa minit.