Jabatan Pembangunan Usahawan FELDA dengan kerjasama Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) menganjurkan Kursus Asas Keusahawanan (KAK) di Hotel Tenera, Bangi. Kursus ini dengan target peserta seramai 26 usahawan FELDA. Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai alam perniagaan secara holistik.
Antara pengisian yang disampaikan sepanjang 2 hari kursus adalah :-
- Business Model Canvas (BMC)
- Pengurusan operasi perniagaan (Asas)
- Jualan dan pemasaran (Asas)
- Pengurusan kewangan (Asas)
- Penyediaan rancangan perniagaan (Asas)
- Perundangan perniagaan (Asas)
- Ujian personaliti usahawan
Melalui kursus ini, usahawan boleh mengaplikasi ilmu yang dipelajari di samping mengenalpasti aspek-aspek yang boleh ditambah baik dalam perniagaan masing-masing. Penceramah yang menyampaikan modul kursus terdiri dalam kalangan usahawan yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang perniagaan.